Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, Februari 29

Resepi Menggunakan Stevia

double choc biscotti almond

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan butter (dilembutkan)
  • 2/3 cawan gula (guna stevia lagi bagus)
  • 1/4 serbuk koko
  • 2 camca teh serbuk penaik
  • 1 4/3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan almond (disangai)
  • 1 cawan chocolate chip
  • secubit garam
  • 2 butir telur

Cara-cara

  1. pukul butter & gula hingga kembang dan sebati.
  2. masukkan serbuk koko & serbuk penaik,gaul selama 2 minit.
  3. masukkan telur satu persatu, kemudian masuk kan tepung (gaul menggunakan tangan) hingga menjadi dough.
  4. campur kan almond & chocolate chip ke dalam dough.
  5. letak dough di atas dulang pembakar. biar kan selama 10 minit.
  6. panaskan oven terlebih dahulu 190oc.
  7. dough tadi dileperkan atas dulang pembakar. taburkan sedikit tepung diatas dough biscotti.
  8. bakar sehingga 20-25 minit. keluar kan. potong biscotti 1/2 inci.
  9. bakar semula potongan biscotti tadi dengan 165oc selama 6-8 minit setiap bahagian.
  10. sejuk kan biscotti tadi. siap untuk dihidang. (biscotti ni memang agak keras. tapi sedap di cicah dengan kopi atau teh. baru la biscotti tu jadi lembut)

 

STEVIA kini dalam bentuk serbuk?

Stevia kini dalam bentuk serbuk . Ia didatangkan dalam  28g dan 10g . Hanya perlukan 3 drop untuk mengantikan gula biasa. Dalam 10g itu ia boleh bertahan selama 1 bulan ke 2 bulan mengikut penggunaan.
Ia manis tetapi tidak mempunyai kalori serta amat sesuai untuk sesiapa yang menghidap kencing manis.
Berminat?? Boleh dapatkan dari saya.
 
Stevia 28g
Harga sebotol : RM45.00
sementara stok masih ada..

 saya juga menggunakan gula stevia keluaran jua-via.. sayaa menggunakan nya sebagai bahan perisa dalam masakan atau minuman mengganti gula tebu.. Ia amat sesuai diamalkan.. memang kalau dilihat pada saiz botol nye,tak berbaloi diletakkan dalam masakan.. tapi saya berpendapat ia sangat berbaloi untuk menjaga kesihatan.. orang kata "baik menCEGAH sebelum terKENA".
 
Gula Stevia Jua-via
Rm 36.00 / 10gram
Rm 49.00 / 50gram

KEBAIKAN GULA STEVIA

* Pemanis Semulajadi
* Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah
* Melawaskan Kencing
* Menurunkan Tekanan Darah
* Membunuh Tekanan Darah
* Membunuh Bakteria
* Membunuh Kulat
* Membunuh Virus
* Mengurangkan Keradangan
* Membantu Menurunkan Berat Badan


Cara Penggunaan :-
Dropkan 3 kali ke dalam secawan minuman anda (teh , kopi dll ) . Nikmati rasa gula yang semulajadi dan sihat.

p/s : kos penghantaran luar dari daerah Muar dan Ledang akan dikenakan caj.

Stevia Sweet Carbonate

 
Stevia Sweet Carbonate
Harga pasaran : RM 3.50 / Botol

Untuk mereka yang sememangnya menggemari minuman berkarbonat, kami di STEVIA SWEET mengeluarkan produk ini khusus untuk anda....Terdapat 7 perisa untuk anda nikmati :
  • cool cola
  • rutbeer
  • strawberry
  • ice cream soda
  • orange
  • grape
  • sarsi

STEVIA SWEET CORDIAL

STEVIA SWEET CORDIAL
Harga pasaran : RM 13.90 / botol


KISMIS >>Meningkatkan stamina, mencegah lemas dan kurang darah.GRAPE
Membawa kebaikan bagi jantung, meningkatkan inflamasi yang rendah dalam darah.

LAICI  >>Kaya dengan vitamin C dan Fiber.

SARSI >> Kandungan flavonoid dalam S. Regelii menunjukkan aktiviti keimunan positif dan perlindungan
pada organ hati.

ORANGE >>Membantu dalam menangkis penyakit selsema biasa, mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan, boleh melarutkan batu buah pinggang serta mengelakkan risiko barah usus.


Stevia Sweet Concentrate

STEVIA SWEET CONCENTRATE
HARGA DI PASARAN : RM19.90 /BOTOL

perisa kurma >> Kaya dengan protein,serat,Vitamin A&C, Zat besi, kalsium, sodium & posium.

perisa roselle >> Kaya dengan vitamin C, berserat tinggi turut melarut dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh dan kadar metabolisme tubuh dapat dipertingkatkan.

perisa krismis >> Meningkatkan stamina, mencegah lemah dan kurang darah.

perisa anggur >> Membawa kebaikan bagi jantung, meningkatkan inflamasi yang rendah dalam darah.

perisa dragonfruit >> Bertindakbalas mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah, mencegah kanser usus, mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

perisa mangga >> Penawar kepada penyakit hernia, mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh.kaya dengan vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah dan sesuai untuk penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

perisa kiwi >> Menjauhkan kanser dan membantu mengurangkan kepekatan darah. Kandungan vitamin C dua kali ganda lebih tinggi berbanding oren, sumber vitamin E, magnesium, potasium dan asid folik khusus untuk wanita hamil.

perisa nenas >> Mengatasi kekering dan di bahagian bibir dan kulit muka, mengatasi penyakit batu karang dan mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.


pengenalan tentang STEVIA

 
KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman. Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi. Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.
Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang. Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang. Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay. Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,






Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes. Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada. Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia

· Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
· Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali
sehari dalam cuaca panas.
· Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
· Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan.
. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

Famili: Astereacea Asal: Paraguay
Antara ciri-ciri stevia ialah:

  • Pemanis semula jadi
  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Melawaskan kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membunuh bakteria
  • Membunuh kulat
  • Membunuh virus
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan.

siapa Global Pro Agro Sdn Bhd?


Global Pro Agro Sdn Bhd adalah syarikat pengeluar produk minuman sejuk dan minuman panas yang pertama di Malaysia di bawah tandaniaga berdaftar 'Stevia Sweet' & 'Stevia Gold'. Syarikat ini adalah milik penuh 100% Bumiputera. Kesemua produk kami menggunakan Ekstrak Stevia sebagai bahan pemanis bagi menggantikan gula tebu di mana minuman keluaran syarikat kami amat sesuai kepada semua golongan lelaki, wanita, kanak- kanak dan warga tua dan amat sesuai untuk pesakit kencing manis yang semestinya telah lama tidak meminum minuman manis.


Pemasaran produk kami diuruskan oleh Global Pro Trading iaitu anak syarikat kepada Global Pro Agro Sdn Bhd. Kami tidak memasarkan produk ini menggunakan Multi Level Marketing atau MLM. Sebaliknya menggunakan Single Level Marketing untuk memastikan produk ini dapat bertahan lebih lama dalam pasaran. Di samping itu, kami juga mengadakan promosi bergerak ke setiap negeri di Malaysia untuk melantik pengedar serta mempromosikan jenama 'Stevia Sweet'.

Global Pro Trading bertindak untuk melantik stokis negeri dan juga pengedar bagi memastikan produk ini sampai kepada seluruh pengguna di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Misi kami adalah untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat merasai dan mengetahui APA ITU STEVIA?

GLOBAL PRO TRADING (AS 0295224-X)
G 158-159 JALAN PJU 10/3C
SEASON SQUARE DAMANSARA DAMAI
47830 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL:03-6142 1749 / 03-6142 1751
FAX:03-6142 1752
E-mail: eglobalprotrading@gmail.com

Selasa, Februari 28

..selamat datang ke dunia stevia...

SELAMAT DATANG  ke alam gula tanpa kalori dan tahniah kerana anda membuat keputusan yang tepat memilih produk Stevia untuk  mengurangkan kandungan kalori yang tidak diperlukan dalam badan demi kesihatan anda dan keluarga anda.

Apa gunanya ada wang dan harta tetapi jatuh sakit, apa maknanya jika hanya boleh minum kopi atau teh yang tawar di waktu tua anda. Oleh itu marilah kita gantikan gula yang berkalori tinggi kepada  daun stevia sebagai pemanisan. Demi kesihatan, demi masa depan dan demi meneruskan kehidupan yang lebih sihat anda dan jadikan waktu manis anda dengan produk dari daun stevia tulen tanpa kalori.

apa itu STEVIA?

Pengenalan

Stevia (disebut sebagai STEE-vee-uh) , adalah pokok renik Amerika Selatan yang berasal daripada Paraguay, di mana daunnya  telah digunakan sebagai pemanis oleh orang India Guarani lebih daripada beribu tahun dahulu.
Walau pun rakyat India telah menggunakan Stevia berabad tahun, ia tidak dikenali sehingga tahun 1899 apabila tumbuhan itu ditemui oleh M.S. Bertoni. Beliau memerhatikan kaum asli tersebut menggunakan tumbuhan itu untuk menjadikan minuman mereka yang pahit menjadi manis. Akhirnya, Bertoni diberi pujian kerana berjaya menemui spesis baru  dan beliau juga diberi penghormatan apabila stevia turut dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.

Kandungan Stevia

Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula..
Steviosida (glikosida) dan Rebaudioside-A (StebianA Stevia) telah dibuktikan 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula.

Kelebihan Stevia

Stevia adalah bebas kalori ,tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo-and hyperglycemia). Ia  semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.
Bebaskan diri anda daripada kalori! Gunakan stevia hari ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...