Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, Februari 28

apa itu STEVIA?

Pengenalan

Stevia (disebut sebagai STEE-vee-uh) , adalah pokok renik Amerika Selatan yang berasal daripada Paraguay, di mana daunnya  telah digunakan sebagai pemanis oleh orang India Guarani lebih daripada beribu tahun dahulu.
Walau pun rakyat India telah menggunakan Stevia berabad tahun, ia tidak dikenali sehingga tahun 1899 apabila tumbuhan itu ditemui oleh M.S. Bertoni. Beliau memerhatikan kaum asli tersebut menggunakan tumbuhan itu untuk menjadikan minuman mereka yang pahit menjadi manis. Akhirnya, Bertoni diberi pujian kerana berjaya menemui spesis baru  dan beliau juga diberi penghormatan apabila stevia turut dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.

Kandungan Stevia

Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula..
Steviosida (glikosida) dan Rebaudioside-A (StebianA Stevia) telah dibuktikan 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula.

Kelebihan Stevia

Stevia adalah bebas kalori ,tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo-and hyperglycemia). Ia  semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.
Bebaskan diri anda daripada kalori! Gunakan stevia hari ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...